Perak Hari Ini

MAIPk Catat Kejayaan, Ekonomi Berasaskan Ilmu Pengetahuan Diperkenalkan

IPOH: Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) menjadi satu institusi yang mencatatkan transformasi yang begitu pesat dibawah pemerintahan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, banyak transformasi yang dilakukan oleh Sultan Nazrin semasa memegang jawatan sebagai Yang Dipertua MAIPk.

“Majlis Agama yang sebelum ini dipengerusikan sendiri oleh DYMM Tuanku selaku Raja Muda ketika itu yang mana baginda lakukan pelbagai tranformasi.

“Satu perkara yang sangat menarik untuk kita lihat dan membuat analisis bersama ialah bagaimana DYMM Tuanku begitu aktif sekali dalam urusan pentadbiran Islam dan Adat Istiadat Melayu.

Katanya, Baginda mencetuskan beberapa idea dan wawasan yang begitu baik dalam usaha untuk memperkukuhkan bidang pentadbiran dan juga urus tadbir MAIPk serta yang berkaitan dengan hal ehwal Islam di negeri Perak.

“Baginda telah membuat penilaian dan juga penstrukturan semula kepada pentadbiran Islam supaya ianya menjadi lebih efektif, efisin, telus dan dikemaskini.

Tambahnya lagi, Sultan Nazrin Shah telah menekankan aspek tersebut sebagai contoh apabila baginda mengemukakan satu cadangan iaitu untuk menjadikan Jabatan Agama dan Majlis Agama dua fungsi yang terpisah.

“Ia bagi membolehkan urusan pentadbiran agama dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Sementara itu, beliau berkata, Sultan Perak juga sangat prihatin tentang pungutan zakat yang perlu diagihkan kepada golongan asnaf yang benar-benar mencapai matlamatnya

“Ini termasuklah golongan miskin yang selama ini mungkin menghadapi sedikit masalah teknikal bagaimana pengagihan dilakukan.

“Tetapi baginda telah wujudkan satu sistem yang mana ianya ditadbir terus daripada peringkat daerah, dan memastikan bahawa Orang-Orang Besar dapat memainkan peranan dalam menyampaikan dan juga melaksanakan amanah yang benar-benar baik ini,” katanya lagi

Tambahnya dapat dilihat pada hari ini urusan-urusan agihan zakat semakin baik malah hasil kutipan zakat sebenarnya semakin bertambah

“Alhamdulillah kalau dulu kita menyaksikan kutipan zakat hanya sekitar RM30 juta, tetapi sekarang ini ia telah mencapai hampir RM100 juta.

“Inilah merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan apabil DYMM Tuanku benar-benar berfungsi sebagai seorang Yang Dipertua Majlis Agama dan akhirnya kita dapat membuahkan hasil,” ujar beliau lagi

Zambry berkata, baginda juga menekankan aspek untuk mewujudkan suasana perbincangan Islam yang baik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat

“Tuanku merupakan orang yang tidak memilih orang-orang tertentu dalam urusan pentadbiran agama kerana ianya untuk memastikan umat manusia di negeri ini dapat hidup dalam keadaan yang bersatu padu dan wukuf dalam menjaga hubungan yang baik,” jelas beliau.

Bangunkan Sektor Ekonomi Berasaskan Ilmu Pengetahuan

Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa banyak jasa yang dicurahkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dalam pertumbuhan ekonomi negeri Perak.

“Ada yang mengatakan sektor ekonomi yang berkaitan bidang ilmu pengetahuan yang kurang diberi perhatian oleh banyak pihak, tetapi kita telah berjaya membangunkan sektor ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan.

“Saya anggap ianya merupakan satu barakah untuk rakyat negeri Perak berkat daripada nasihat dan pandangan yang diberikan oleh DYMM Tuanku,” katanya.

Ujarnya, beliau sentiasa mengadakan perbincangan untuk mendapatkan pandangan dalam mencari pelaburan.

“Baginda memberikan pandangan-pandangan untuk kita dalam usaha mencari pelaburan luar dan juga dalam negeri serta mengenalpasti sektor-sektor yang baik serta boleh dijadikan potensi untuk pembangunan ekonomi di negeri Perak

“Akhirnya pada hari ini kita dapat menyaksikan bagaimana pertumbuhan ekonomi di negeri Perak yang begitu berkembang dan pada satu ketika, kita antara empat negeri yang paling pesat membangun daripada segi pencapaiannya

Beliau berkata, ia termasuklah dalam bidang-bidang pembinaan, pertanian dan pelancongan yang semakin maju dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di negeri Perak.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");