Jenayah

Peniaga maut nahas tiga kenderaan

MUADZAM SHAH – Seorang peniaga maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 139, Jalan Kuantan – Seremban sekitar jam 9.30 malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, Mohd Zawawi Kasim, 45, maut di tempat kejadian akibat cedera parah selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

“Kereta yang dipandu mangsa dari arah Seremban dipercayai hilang kawalan lalu bertembung sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah bertentangan.

“Perodua Alza yang berada di belakang Toyota Hilux pula melanggar kereta mangsa selepas gagal mengelak setelah berpusing di tengah jalan,” katanya.

Menurut Zainul, tiga mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan lanjut manakala Mohd Zawawi dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Balai Muadzam Shah, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Muhamad Roduan Sudin, berkata, pasukannya mengambil masa 15 minit mengeluarkan mangsa yang tersepit.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");