Berita Hari Ini

Dicabar mengetepikan persepsi peribadi

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard? Riot Jaem menjadi tuan rumah majlis makan malam dan melancarkan program dialog serantau dikenali sebagai Emerging Leaders’ Dialogue Asia 2016 di sini malam semalam.

Majlis di Royale Chulan Hotel itu dihadiri puteri kepada Ratu Elizabeth II Britain, Puteri Anne, yang juga penaung Persatuan Persidangan Pengajian Komanwel Malaysia (Coscam) dan Presiden Persatuan Emerging Leaders’ Dialogue (AELD).

Turut hadir, pengerusi penganjur AELD, Adrain Jerome.

Dalam ucapan pengenalannya, Riot mengalu-alukan kehadiran semua anggota perwakilan ke Malaysia dan berharap mereka akan mencapai hasil membanggakan melalui dialog itu.

Sementara itu, dalam ucapannya, Puteri Anne berkata, dialog itu merupakan pentas penting yang akan mempertemukan tokoh dalam pelbagai bidang dalam usaha melahirkan pemimpin baharu.

“Saya berharap banyak peserta yang akan mengambil bahagian dan memberi sokongan serta komitmen peribadi mereka terhadap dialog ini,” katanya.

Dialog peringkat serantau pertama itu, yang bertemakan Emerging Leaders’ Dialogue Asia (ELDA) 2016, akan berlangsung dari 20 Oktober hingga 1 November tahun depan di Kuala Lumpur bagi menerajui usaha memberi pembelajaran “dalam lapangan” dan mewujudkan rangkaian bagi pemimpin yang sedang menempa nama.

Dialog itu bertujuan memberi pengalaman unik mengenai pembelajaran kepimpinan bagi meluaskan pemahaman serta meningkatkan kemampuan membuat keputusan dalam kalangan individu yang berpotensi dilantik menduduki jawatan kanan dalam semua bidang pekerjaan dan kehidupan masyarakat.

Peserta dialog itu dicabar mengetepikan persepsi peribadi masing-masing dan membuka minda mereka kepada idea, inovasi dan perspektif baharu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");