Jenayah

Buang bayi: Adik disyaki bersubahat

JEMPOL – Seorang lelaki yang juga adik kepada ibu bayi perempuan yang ditemui dekat ladang kelapa sawit Felda Palong 2 ditahan di rumahnya petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan ketika berada dirumahnya petang kelmarin kira-kira jam 5.

“Suspek merupakan adik kepada ibu bayi berusia 28 tahun, yang mana bayi itu dibuang selepas dilahirkan di rumahnya di Felda tersebut.

“Manakala penahanan suspek adalah hasil risikan pihak polis dan maklumat awam sebaik kejadian dilaporkan.

“Berdasarkan siasatan awal suspek diarahkan oleh kakaknya membuang bayi berkenaan di ladang sawit itu,” katanya ketika mengesahkan penahanan suspek.

Hamzah berkata, ibu bayi itu pula dibebaskan dengan jaminan polis dan ketika ini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

“Adiknya ditahan reman selama empat hari bermula hari (semalam) ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang membawa kepada kematian bayi berkenaan.

“Polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut kejadian walaupun wanita itu mengakui melahirkan bayi berkenaan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");