Perak Hari Ini

Expo Hartanah Janji Tawaran Lumayan

IPOH: Expo Hartanah terbesar yang bakal berlangsung di Ipoh pada 16 hingga 18 Oktober ini bakal menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk pembelian hartanah dengan nilai diskaun yang hebat.

Ekspo yang berlangsung selama tiga hari itu adalah untuk memberi peluang kepada warga Perak menikmati diskaun dan promosi pembelian pelbagai jenis hartanah merangkumi rumah kediaman, kondominium, kedai pejabat dan industri.

Pada ekspo ini juga, Team Keris Berhad menawarkan diskaun sebanyak 15 peratus bagi unit kediaman dan 20 peratus unit komersil.

Menurut Timbalan Presiden Komunikasi Korporat Team Keris Berhad, Anuar Abu Hassan tawaran setinggi 20 peratus ini adalah tawaran yang tertinggi yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemaju.

Harga istimewa ekspo membolehkan pengunjung menikmati pembelian rumah kediaman dengan harga istimewa serendah RM35,000 sahaja bagi unit kediaman dan RM79, 040 untuk satu kedai komersil.

“Bagi setiap unit-unit komersil, ianya adalah satu peluang pelaburan yang baik kerana setiap unit ini telah disediakan penyewa sedia ada”.

“Ada juga unit yang menawarkan jaminan sewaan setinggi RM15 000 sebulan dengan jaminan sewaan selama tiga tahun”, ujar beliau.

Kakitangan kerajaan yang berkunjung ke ekspo ini juga bakal mendapat pinjaman 100 peratus bagi pembelian mereka dan kos sain SPA hanyalah sebanyak RM50.

Syarikat hartanah ini menawarkan bayaran balik penuh dalam mana-mana kes pembeli gagal untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan.

Anuar juga menyarankan orang ramai supaya merebut peluang ini kerana senario harga hartanah yang sentiasa meningkat menunjukkan pelaburan hartanah berbaloi dilakukan.

“Bagi 200 pelanggan pertama yang hadir ke ekspo ini, hadiah percuma akan diberikan”, tambah Anuar.

Dalam pada itu, Anuar turut menjangkakan sebanyak 10,000 orang pengunjung bakal menyertai ekspo ini.

Ekspo ini akan berlangsung di Dewan St Johns, Jalan Raja Musa Mahadi berhadapan YMCA dan Taman Dr. Seenivasagam, bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Bagi orang ramai yang berminat dengan ekspo ini, boleh menghubungi Team Keris Berhad di 019-7012222 atau 019-7032222 atau 05-2427000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");