Membawang Hari Ini

Noraniza tak jemu martabat lagu etnik

Noraniza Idris tidak pernah jemu memartabatkan irama tradi–sional dan antara usaha yang dilakukan adalah dengan mendekati golongan remaja.

Ratu Etnik Negara berharap artis baru memilih genre itu kerana golongan ini mampu menarik perhatian anak muda untuk mencintai budaya sendiri.

“Artis baru adalah ikon remaja tetapi sayang mereka lebih mengagungkan budaya Barat sehingga semua jenis corak lagu mereka diambil dan diserap masuk dalam industri kita. Ada sesetengah lagu itu saya keliru sama ada penyanyinya menyanyi atau bercakap,” katanya.

Menerusi syarikatnya iaitu Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd, dia mengasah bakat anak muda yang berkongsi minat sama dengannya. Antaranya, Irhab Ismail yang sudah tampil dengan single Puncak Gapura yang turut menampilkan suara Noraniza.

“Sebelum anak didik saya boleh berdikari, saya perlu bantu mereka. Kemudian barulah saya akan ‘lepaskan’ mereka membina tapak sendiri.

“Saya ada merakamkan single baru berjudul Nukilan yang mengetengahkan irama zapin Jawa. Saya tidak akan berhenti memartabatkan lagu etnik kerana ia warisan, kesenian dan budaya kita,” katanya.

Jelas Noraniza, tahun depan dia bercadang membuka akademi dan galeri zapin supaya dapat dijadikan rujukan masyarakat.

“Semua sejarah kesenian dan kebudayaan negara akan saya pamerkan dalam galeri itu. Ia akan jadi pusat sumber yang lengkap untuk rujukan orang ramai.

“Saya turut bercadang menganjurkan bengkel kepada pelajar sekolah dan orang luar yang berminat mendalami irama tradisional. Ia bukan hanya lagu tetapi juga gambaran adat dan budaya bangsa.

“Bagi merealisasikan usaha ini saya kena mendekati masyarakat dan ia bukan perkara mudah kerana jiwa serta minda remaja lebih cenderung dengan budaya asing. Mereka kurang berminat untuk mengetahui dan mengangkat budaya sendiri,” katanya.

Artis Sony Music

Perkembangan lain, Noraniza kini bernaung di bawah Sony Music kerana yakin dengan perancangan pemasaran syarikat rakaman itu.

“Ketika bersama syarikat rakaman SRC, pegawai perhubungan awamnya (PR) rajin turun padang mempromosikan artis dan lagu mereka. Kami sangat rapat malah mereka sentiasa pantau jadual artis.

“Perjanjian kerja saya dengan Sony Music berdasarkan projek dan saya yakin dengan strategi yang mereka rancang untuk saya.

“Saya berharap single baru ini berjaya sepertimana lagu terdahulu. Saya buat lagu berkonsep budaya bukan untuk kepuasan diri sebaliknya mahu berkongsi ilmu dan minat dengan orang ramai,” katanya.

Selain itu, Noraniza akan menjayakan persembahan Festival Kesenian Orang Asli dan Pribumi Antarabangsa 2015 yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa selama tiga hari bermula pada 22 Oktober ini.

Dia akan menyanyikan lagu Hajat Tampi dan Ayuh Juragan di pentas utama pada 24 Oktober, jam 4.30 petang. Artis lain yang turut menjayakan acara itu adalah Adira, Itam Jelmol, Den Bisa, Sahli Bahbola, Munirih Jebeni dan kumpulan kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKKN)

Noraniza menyokong usaha JKKN menghimpunkan Orang Asli dan pribumi tujuh negara iaitu Ghana, Indonesia, New Zealand, Canada, China, Filipina, Thailand dan Malaysia.

Festival ini diserikan de–ngan acara persembahan utama dan majlis pelancaran selain persembahan sisipan di Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (Klia2), KL Sentral, Sogo dan Pasar Seni, pameran, demonstrasi dan jualan.

Persembahan dan perkampungan unik di Taman Tasik Titiwangsa bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.30 malam. Lebih menarik, turut diadakan persembahan Malam Unggun Api pada malam 23 dan 24 Oktober bermula jam 8.30 malam hingga 10.30 malam.

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");