Perak Hari Ini

Pasukan Seagate Juara Hari Pertama 9th Royal Belum Ironbound Challenge Series

GERIK: Pasukan dari New Zealand, Seagate menduduki tempat pertama bagi perlumbaan 9th Royal Belum Ironbound Challenge Series yang bermula pada hari ini.

Pasukan tersebut muncul juara dengan catatan masa sembilan jam 39 minit.

IMG-20151010-WA0022

Tempat kedua pula telah menjadi milik pasukan dari New Zealand, Torpedo 7 dengan catatan masa 10 jam 56 minit, yang mencatatkan perbezaan hanya 77 minit dari pasukan Seagate.

Manakala pasukan Denmark, Team Mervel pula terpaksa berpuas hati pada kedudukan tempat ketiga dengan catatan masa 11 jam 22 minit.

IMG-20151010-WA0022

Bagi tempat keempat pula telah dimiliki oleh pasukan dari Malaysia, SNR Adventure Racing Team dengan catatan masa 11 jam 39 minit, dan seterusnya tempat kelima menjadi milik Ke7B ATM, juga dari Malaysia.

Dalam perlumbaan yang berlangsung pada hari pertama ini, lima pasukan dari Malaysia berjaya menempatkan diri dalam 10 teratas.

IMG-20151010-WA0021

Antara pasukan yang berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 10 teratas ialah Kamikaze (tempat keenam), Navy Earthlink ART (tempat kesembilan) dan SOS Racer (tempat ke-10).

Dalam pada itu, pasukan Real Discovery dari Jepun terpaksa berpuas hati di tempat ketujuh, manakala Teenek Racing Team dari Mexico menduduki tempat kelapan.

Pelumba dari pasukan Kamikaze, Azlinawati Hussain berkata, perlumbaan pada hari ini sangat mencabar, terutama kayuhan basikal.

IMG-20151010-WA0026

“Bagi saya, yang paling mencabar pada hari ini ialah sewaktu berkayuh basikal dari Kampung Orang Asli Chiong.

“Hanya 10 kilometer terakhir baru kami dapat melakukan kayuhan yang agak selesa sebab menggunakan laluan balak. Sebelum itu, kami lebih banyak mengangkat basikal berbanding mengayuh,”katanya ketika ditemui selepas menamatkan kayuhan di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, terdapat pasukan yang tersesat sewaktu kayuhan berlangsung dan terserempak dengan gajah, tetapi dapat kembali ke laluan dengan menggunakan Global Positioning System (GPS).

IMG-20151010-WA0021

Pada hari pertama 9th Royal Belum Ironbound Challenge Series berlangsung ini telah melibatkan jarak sejauh 86 kilometer (km)

Esok, perlumbaan akan diteruskan dengan melibatkan jarak sejauh kira-kira 42 km.

Sebanyak 31 pasukan telah menyertai 9th Royal Belum Ironbound Challenge Series yang dianjurkan pada kali ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");