Perak Hari Ini

‘The Other Festival’ Tonjol Bakat Seni di Ipoh

IPOH: Satu festival yang diberi nama ‘The Other Festival’ bakal diadakan di sekitar bandaraya Ipoh dua minggu lagi.

Festival yang dianjurkan oleh Kakiseni dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Tourism Perak akan berlangsung selama tiga minggu iaitu bermula pada 22 Oktober hingga 8 November 2015.

Bertemakan ‘Mapping The City’, festival ini bakal menjadikan Ipoh sebagai pusat seni dan kebudayaan dengan pelbagai aktiviti yang dirancang sepanjang festival berkenaan berlangsung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata,festival tersebut dilihat mampu mengembangkan lagi seni, budaya dan warisan khasnya di Ipoh untuk dibawa ke peringkat antarabangsa.

“Festival ini akan mengenalpasti dan membangunkan bakat peserta dan juga untuk berkongsi ilmu kepada orang ramai iaitu penduduk di sekitar Ipoh dan juga Perak.

“Tujuan utama program ini juga adalah untuk menjadikan seni itu sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian kita dan industri seni kreatif ini boleh digunakan sebagai punca pendapatan kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Ujar beliau lagi, program tersebut adalah selaras dengan misi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang menekankan dan memberi fokus tentang perkembangan dan pembangunan anak-anak seni di negeri Perak.

“Tema ‘Mapping The City’ bukan untuk jadikan ia menjadi bandar warisan, ia sebenarnya untuk menjadikan Ipoh sebagai pusat seni dan kebudayaan.

“Pada kali ini, Kakiseni membawa banyak kumpulan yang akan mempersembahkan pelbagai jenis gaya kreatif seni yang boleh membuka minda orang ramai khasnya rakyat di Perak,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Presiden Kakiseni, Low Ngain Yuen menyatakan Malaysia telah mempunyai kejayaan dalam penganjuran ‘Rainforest Music Festival’ di Kuching, Sarawak dan George Town, Penang dan ini adalah masa yang sesuai untuk memberi penghargaan kepada usaha kreatif di Ipoh.

“Pihak kami telah pun mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan Ipoh kepada rakan-rakan artis antarabangsa yang lain supaya mereka boleh melihat bandar ini sebagai tempat festival seni selepas apa yang berlaku di Australia dan negara Eropah yang lain”, ujar Ngain Yuen.

Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang festival ini berlangsung antaranya persembahan secara langsung, siri jelajah, tayangan wayang gambar, ‘Food Trail’; forum kreatif, bazaar kesenian dan juga bengkel.

PERAKTODAY3

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");