Panasnya Hari Ini

16 Tong Hadiah Untuk Majlis Pertunangan Anak Najib

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 tong disediakan sebagai hadiah untuk diserahkan kepada bakal menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika majlis pertunangan anaknya, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian menerusi satu klip video berdurasi hampir dua minit yang dimuatnaik di portal berita, Free Malaysia Today, hari ini.

Kata Tun Mahathir lagi, beliau melihat sendiri hadiah-hadiah tersebut yang diangkat oleh dua orang anggota tentera.

“Kalau tanya MAS punya orang dia kata, bertong-tong beli barang. Kadang-kadang tak dan (sempat) punggah lagi yang ini, beli yang lain pula.

“Saya pi (pergi) dia punya majlis bertunang. Saya terkejut, 16 tong hadiah dua orang askar angkat. Ini tong, bukan dulang,”katanya.

Jelas Tun Mahathir lagi, antara barangan yang dilihat ialah jam, kasut, baju dan kain.

“Ia bukan sikit. Macam-macam ada dalam tu. Jam ada, kasut ada, baju ada, kain ada, pasal lalu tepi saya,”ujar beliau.

Tambah Tun Mahathir, beliau hadir ke majlis pertunangan tersebut ketika itu kerana masih mempunyai hubungan yang baik dengan Najib.

“Mana dapat duit beli benda-benda yang macam ni. Lepas itu bila perkahwinan,luar biasa. Raja pun tak pernah buat perkahwinan macam ini. Bunga saja RM3 juta. Ini orang yang pergi la cerita.

“Kalau kita tengok Najib ni punya perbelanjaan cukup besar. Ini semua cara hidup yang tidak kena bagi seorang perdana menteri,”ujar Tun Mahathir lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");