Jenayah

Maut dipukul tiga lelaki selepas pelanggaran

SEGAMAT – Seorang kakitangan kerajaan maut dipukul tiga lelaki di Kilometer 69, Jalan Muar – Segamat berhampiran Kampung Lubok Bandan, di sini, kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Yusuf Unais berkata, ketika kejadian, mangsa, Mohd Zainuddin Md Ali, 39, yang menaiki kereta Proton Wira dalam perjalanan dari arah Jementah ke Segamat.

“Berdasarkan siasatan awal, dipercayai berlaku perlanggaran antara kereta mangsa dan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek dan empat lagi penumpang, sebelum mangsa memberhentikan keretanya di kawasan kejadian.

“Berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum suspek bersama dua lagi rakan lelakinya bertindak memukul mangsa sehingga maut, disaksikan dua lagi penumpang kereta tersebut,” katanya.

Menurutnya, orang awam yang melihat kejadian itu menghubungi polis dan suspek tidak menyedari mangsa telah meninggal dunia.

Katanya, dua lelaki tempatan, seorang lelaki dan dua wanita warganegara Thailand ditahan di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk bedah siasat.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan di belakang badan, dipercayai ditikam menggunakan pemutar skru, selain luka di belakang kepala dipercayai dibaling dengan batu,” katanya.

Semua suspek berumur lingkungan 20-an kini direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");