Panasnya Hari Ini

Nazri Yakin Muhyiddin, Mukhriz Akan Dipecat

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yakin dan pasti bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir akan dipecat keahliannya.

Ujarnya, kedua-dua pemimpin itu kini dilihat semakin lantang mengkritik kepimpinan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ada dalam kalangan mereka (pemimpin UMNO) mengkritik dalam had yang dibenarkan parti. Bagaimanapun, Muhyiddin dan Mukhriz pasti dipecat,”ujarnya, memetik laporan Free Malaysia Today

Dalam masa yang sama, Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal juga akan turut menerima nasib yang sama.

Ujarnya, walaupun Shafie dilihat tidak melanggar mana-mana peraturan UMNO, bekas Menteri itu telah melampaui batas apabila menghadiri satu program bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz di Kedah.

“Shafie tidak melampaui batas sehinggalah malam tadi. Mahathir kini bersama pembangkang, maka apabila beliau bekerjasama dengannnya, jelas Shafie juga telah melampaui batas dan akan dipecat,”ujarnya.

Ketika ditanya bilakah tindakan akan diambil ke atas Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, keutamaan pada ketika ini adalah pilihan raya negeri Sarawak.

“Lebih mudah untuk kita bertindak sekiranya kita beri masa kepada mereka untuk melakukan kesilapan demi kesilapan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");