Perak Hari Ini
Like

Kita Mahu ‘Buang’ Najib Seorang Sahaja – Tun M

May 7, 2016
103 Views
0 Comments
2 minutes read
Kita Mahu  ‘Buang’ Najib Seorang Sahaja – Tun M

MANJOI : Deklarasi Rakyat hanya bertujuan untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sahaja, tegas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, meskipun matlamat utama Deklarasi Rakyat adalah untuk menjatuhkan Najib, tetapi individu-individu lain yang didapati terlibat akan tetap didakwa di mahkamah.

“Deklarasi ini adalah untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri. Kita bukan nak jatuhkan kerajaan. Kita nak buang Datuk Seri Najib seorang sahaja.

“Tetapi individu lain yang terlibat dengan penipuan ini, mereka tentulah dihadapkan ke mahkamah tetapi tujuan kita, gerakan rakyat ini hanya untuk kita jatuhkan Najib,” katanya ketika berucap dalam Forum Selamatkan Malaysia Bersama Deklarasi Rakyat di Gugusan Manjoi, malam tadi.

Turut hadir ialah isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ahli, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas ahli UMNO, Datuk Hamidah Osman.

Ujarnya lagi, tidak pernah terjadi dalam negara ini seorang perdana menteri dilapor di luar negara sebagai terlibat dalam pelbagai jenis penipuan yang melibatkan wang berbilion ringgit.

“Tidak pernah terjadi perdana menteri dipandang hina oleh seluruh dunia dan laporan-laporan yang dibuat berkenaan perdana menteri kita begitu buruk sekali.

“Apabia kita berada di luar negara dan kita mengaku kita dari Malaysia, mereka bertanya ‘apa sudah jadi pada negara kamu?

“Demikianlah buruknya keadaan Malaysia sekarang in kerana Datuk Seri Najib. Bukan kerana kerajaan, bukan kerana parti, tetapi kerana Najib yang telah selewengkan wang begitu banyak dan tidak dapat jelaskan kepada kita dimana wang ini berada,”jelasnya.

Tegas Tun Mahathir lagi, sekiranya Najib berjaya disingkirkan, negara dapat dipulihkan seperti sediakala.

“Ingatlah, apabila kita ingin merdeka dahulu, ramai yang berkata bahawa Malaysia yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum ini mungkin tidak selamat, tidak mungkin tenang kerana kaum-kaum ini akan bermusuh.

“Tetapi apabila kita merdeka, berkat kepimpinan Tunku Abd Rahman, negara kita tidak ada rusuhan kaum seperti yang terdapat di negara-negara lain,”ujarnya.

Komen & Pendapat

Leave a Reply