Perak Hari Ini

Masih Dalam Edah, BN Bantu Calon Guna Kaedah Multimedia

KUALA KANGSAR : Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, jenteranya akan menggunakan kaedah multimedia bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang masih berada dalam tempoh edah.

Jelasnya, antara yang akan digunakan termasuklah kaedah-kaedah multimedia menerusi rakaman-rakaman video dari semasa ke semasa.

“Rakaman ini akan kita sampaikan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) di mana semua PDM ini akan dipasang dengan layar besar.

“Layar besar ini bukan sahaja untuk menjadi tontonan pengundi, tetapi juga akan menjadi media komunikasi termasuk bagi calon kita menyampaikan sesuatu.

“Jentera Penerangan UMNO akan membantu beliau termasuk dengan menggunakan teknologi-teknologi semasa,”katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Datin Mastura Mohd Yazid, isteri kepada arwah Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad (bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar) sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.

Bagaimanapun Mastura tidak hadir ke majlis pengumuman tersebut kerana masih berada dalam tempoh edah dan telah diwakili oleh anaknya untuk menerima watikah pelantikan calon.

13330949_1054283377954924_4064141947185344811_n

Sementara itu, Annuar berkata, walaupun terdapat sedikit kekangan berkaitan hukum agama yang tidak memungkinkan calon untuk bertemu dengan rakyat dan jentera, tetapi ianya bukan satu halangan yang besar kerana Mastura sudahpun dikenali dalam kalangan rakyat Kuala Kangsar.

“Pembangkang boleh membawa isu tersebut, tetapi bagi yang faham agama, mereka akan menghormatinya kerana keberanian kita memilih calon walaupun calon itu ada sedikit kekangan.

“Saya fikir, apa juga yang dilakukan oleh Mastura, ia tertakluk kepada apa yang telah ditetapkan oleh hukum agama dan ianya mesti didahulukan serta rakyat memahami keadaan itu.

“Sudah tentu, kita tidak mahu tengok calon kita melakukan sesuatu yang tidak selaras dengan tuntutan agama. Itu adalah perkara yang penting walaupun bagi sesetengah pihak mereka mungkin kurang memahaminya, tetapi soal larangan-larangan seorang wanita dalam edah wajib dipatuhi,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");