Panasnya Hari Ini

Serpihan helikopter hilang ditemui – PM

KUALA LUMPUR: Beberapa serpihan dipercayai bahagian helikopter yang dilapor hilang di Sarawak petang semalam sudah ditemui, kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya di Kuching Sarawak sebentar tadi selepas mendapat taklimat tertutup Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

Memetik sumber Berita Harian, Perdana Menteri berkata, serpihan yang ditemui itu dijumpai berdekatan dengan Sungai Batang Lupar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR), jam 9.30 pagi tadi.

Terdahulu, pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Fokus pencarian helikopter yang dipercayai hilang itu tertumpu di tiga daerah iaitu Sri Aman, Simunjan dan Betong sejak petang Khamis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");