Panasnya Hari Ini

PAS Lebih Bertamadun Berbanding Pembangkang Lain- Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR:Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan bahawa Ahli Parlimen dalam kalangan pembangkang yang meninggalkan dewan ketika pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pada Jumaat, perlu mencontohi sikap PAS yang dilihat lebih bertamadun.

Memetik sumber Berita harian ujarnya, pembangkang selalu mendakwa mereka golongan terpelajar dan bertamadun tetapi tingkah laku yang ditunjukkan adalah sebaliknya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan, berkata sikap matang dan intelektual seharusnya menjadikan seseorang itu lebih menghormati orang lain dan menjadi pendengar yang bijaksana.

“Melihat situasi yang berlaku semalam, ia jelas menunjukkan PAS lebih bertamadun berbanding pembangkang lain yang lebih cenderung membuat bising sejak mula Perdana Menteri membentangkan bajet.

“Mereka perlu belajar daripada PAS cara menjadi orang yang bertamadun. Lihat pemimpin PAS, mereka sendiri ada yang tidak bersetuju, tetapi akan menggunakan peluang yang diberi kelak untuk membahaskan isu yang berbangkit dalam Dewan Rakyat nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");