Jenayah

Suami isteri maut, Savy rempuh Saga

JEMPOL: Pasangan suami isteri maut apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di jalan besar Serting Hilir di sini, malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam itu, melibatkan dua kenderaan, antara Proton Saga dan Proton Savy.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, mangsa Nasrudin A.Ghani,53, dan isteri, Noridah Ahmad,47, meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah.

Sementara, anak mereka, Nurin Najwa,13, dan pemandu kereta Proton Savy, Muhammad Iqmal Alias cedera parah.

“Hasil siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu Muhammad Iqmal hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Savy itu telah merempuh kereta yang dinaiki Nasrudin sekeluarga, sehingga menyebabkan kedua-dua kenderaan itu remuk.

“Akibat rempuhan yang kuat itu, pemandu dan penumpang kereta Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan serius, manakala pemandu Proton Savy mengalami cedera parah,” katanya.

Tambahnya, kesemua yang terlibat di hantar ke Hospital Jempol untuk tindakan susulan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");