Jenayah

Suspek bakar rumah diburu

IPOH: Polis masih mengesan Muhamad Safie Mahat,41, yang dipercayai membakar rumah sewanya hingga menyebabkan enam rumah terbakar di Taman Kuan Won Yuen, Jalan Bendahara, Ipoh, semalam.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, suspek dipercayai membakar rumah sewanya bersama isteri dan tiga anak selepas berselisih faham dengan isterinya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan polis mendapati wujudnya unsur jenayah dalam kejadian kebakaran itu dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

Katanya, suspek dipercayai membakar rumah disewanya di alamat No A-16 hingga menyebabkan api merebak membakar lima rumah bersebelahan sebelum bertindak melarikan diri.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat menyalurkan kepada polis.

“Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");