Berita Hari Ini

Kembali ke tempat asal lepas ‘hilang’ tujuh tahun

SUNGAI SIPUT – Selepas hilang hampir tujuh tahun, plat asal pembinaan Jambatan Victoria berusia 116 tahun akhirnya pulang semula ke jambatan itu, semalam.

Adun Lintang, Datuk Zolkafly Harun nyata merupakan antara individu paling gembira apabila mendapat tahu perkhabaran itu.

Menurutnya, plat itu sangat penting kerana ia merupakan bukti bahawa jambatan itu dibina pada tahun 1900 malah disaksikan sendiri Almarhum Sultan Idris Murshidul Adzam Shah.

Tambah beliau, ia merupakan kejutan dan hari bersejarah buat penduduk di Karai terutamanya apabila plat itu dikembalikan semula ke tempat asalnya.

“Jambatan ini mula dibina 1890 dan siap sepenuhnya pada 1900. Perasmian jambatan ini dilakukan sendiri almarhum Sultan Idris Shah pada tahun tersebut.

“Sudah semestinya ia mempunyai banyak sejarah tersendiri untuk penduduk di sini. Kita bukan saja terima peserta Caita 2016 (Chinese – Asean International Touring Assembly) tetapi kita terima plat ini juga.

“Difahamkan, ada seorang individu memulangkan semula plat disimpannya apabila mendapat tahu rombongan dari 10 negara itu berkunjung ke Jambatan Victoria,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");