Perak Hari Ini

Beraksi Tanpa Penonton: PAFA Harap Pertimbangan FAM

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengharapkan pertimbangan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) berkaitan tiga perlawanan yang melibatkan pasukan itu bermain tanpa penonton di gelanggang sendiri.

Pengurus Pasukan, Datuk Jamal Mat Aris berkata, pihaknya telah membuat permohonan kepada FAM untuk menangguhkan hukuman tersebut.

“FAM patut mempertimbangkan perkara ini kerana ia akan memberi kerugian kepada semua pihak termasuklah penonton, penaja dan juga kepada FAM dan FMLLP sendiri.

“Kita memang berharap sangat kepada FAM untuk memberi pertimbangan bagi menangguhkan bermain tanpa penonton. Terutama sekali pada perlawanan pembukaan,”katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Pengenalan Pemain Perak, malam tadi.

Terdahulu, skuad The Bos Gaurus dikenakan hukuman bermain dalam tiga perlawanan rasmi tanpa penonton di gelanggang sendiri ekoran penyokong skuad seladang itu bertindak di luar kawalan semasa perlawanan Liga Super 2016 antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ogos tahun lalu.

Perlawanan pertama musim ini akan menyaksikan Perak menentang Pahang pada Sabtu ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");