Jenayah

Dua wanita terselamat, kereta terjunam dalam sungai

KUALA LUMPUR: Dua wanita nyaris maut setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Gombak di Jalan Kuching berhampiran sebuah pusat membeli-belah, di sini pagi tadi.

Pemandu kereta berumur 36 tahun dan penumpang berusia 43 tahun itu, bagaimanapun terselamat dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, kereta jenis Proton Satria itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tembok dan terjunam ke sungai berkenaan pada kedalaman lima meter, kira-kira jam 5.50 pagi.

Beliau berkata, penumpang itu sempat menarik rakannya keluar melalui tingkap kereta yang pecah sebelum mendapatkan bantuan.

“Kedua-dua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di HKL,” katanya kepada Bernama.

Mohd Nadzri berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan.

Kedua-dua mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari arah Setapak ke Balakong.

Kejadian berkenaan turut mengakibatkan kesesakan teruk dari Jalan Kuching ke pusat bandar sehingga jam 9.30 pagi akibat tindakan pengguna yang ingin melihat kemalangan itu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");