Isu Panas

Khalid Minta Urusan Dalam Parlimen Diperbaiki

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia diminta untuk perbaiki urusan di dalam Parlimen untuk elakkan kes rusuhan terhadap ahli Parlimen berulang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, sekiranya Speaker bijak mengambil tindakan segera, kes rusuhan yang berlaku sebelum ini tidak akan berulang lagi.

“Eloklah jika pihak terlibat dapat mengkaji apa tindakan wajar dilakukan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku di dalam Dewan Rakyat.

“Sekiranya tiada tindakan yang diambil untuk membendung kes-kes. sebegini maka orang lain juga boleh lakukannya dan mencetuskan keadaan huru-hara di Parlimen,”katanya, lapor Sinar Harian

Sebelum ini, hari terakhir Dewan Rakyat tahun lalu kecoh apabila Khalid Samad diserang di perkarangan Parlimen di sini.

Khalid yang baru tiba di Parlimen diserang ketika keluar dari kereta oleh sekumpulan individu.

Difahamkan serangan itu berlaku ekoran daripada kenyataan Khalid yang menggelar Ahli Parlimen Pasir Salak , Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan gelaran ‘sial’ dalam sidang dewan, tempoh hari.

Khalid berkata lagi, Speaker juga harus mengurus perbahasan di dalam dewan dengan lebih berkesan.

“Kes ini boleh dielak jika Speaker ambil tindakan dan tegur ucapan Ahli Parlimen pada hari itu dan minta beliau menarik semula kata-katanya.

“Pada pendapat saya juga, perkara seperti ini seharusnya diambil tindakan segera dan jika perlu hantar menteri keluar dari dewan, lakukanlah,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");