Panasnya Hari Ini

PAS Mungkin Hilang Banyak Kerusi PRU14

KUALA LUMPUR: PAS berkemungkinan akan kehilangan banyak kerusi parlimen yang disandang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata, dalam kajian terbaru yang telah dilakukan oleh Invoke Malaysia (INVOKE) mendapati, PAS dijangka akan kalah teruk berikutan parti itu dilihat tidak konsisten dalam pendekatan serta tidak mempunyai pendirian dalam gerak kerja politik mereka.

“Pemimpin Pas ketika ini menolak secara total AMANAH dan DAP, sementara pengikut parti itu diperingkat bawahan menolak UMNO sehingga sebilangan mereka masih berpegang dengan pandangan lama yang ekstrem terhadap UMNO.

“Kedua-dua pandangan pemimpin serta pengikut PAS ini menyebabkan mereka terpaksa mencipta blok ke-3 dengan strategi ‘king maker’ yang mencorakkan pendekatan yang tidak berpendirian,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, rakyat pula menganggap blok ke-3 adalah seperti calon bebas yang tidak mampu untuk membuat perubahan kepada tampuk pemerintahan negara.

“Mengundi blok ke-3 adalah umpama membuang undi ke tong sampah sahaja kerana ia tidak mampu untuk memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa.

“Strategi ‘king maker’ yang diakui oleh Pas ini pula dianggap sebagai mementingkan diri sendiri, tanpa memikirkan kepentingan secara kolektif dalam mencapai hasrat rakyat untuk melihat negara ini ditadbir oleh sebuah kerajaan baharu dan kami yakin kebanyakan pengundi akan menolak sikap ini,” tegasnya lagi.

Jelasnya, pada ketika ini, PAS terpaksa bergantung kepada segmen pengundi keliru yang mana mereka yang kurang terdedah dengan perkembangan politik dan menganggap bahawa parti itu masih lagi pembangkang yang bernaluri pembangkang, sedangkan parti itu sudah berubah 180 darjah.

“Walaubagaimanapun pengundi keliru ini dijangka akan berkurang menjelang PRU14 nanti berikutan Pakatan Harapan dan PPBM akan membuat penerangan seluruh negara tentang peri pentingnya menggundi pakatan pembangkang demi menyelamatkan negara.

“Pengundi-pengundi yang dahulunya keliru akan mengambil sikap menolak Pas setelah mereka mendapat penerangan dan penjelasan sebenar,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");