Membawang Hari Ini

Obses Tonton Saluran Youtube

Medium media sosial seperti YouTube kini memberi ruang besar buat individu kreatif dalam berkarya menerusi video seterusnya memuat naik untuk tatapan orang ramai.

Lalu apabila ia kerap ditonton netizen, ia secara tidak langsung memberi limpahan populariti kepada individu berkenaan.

Itulah yang dilalui Casper Lee, 23, yang mula melakukan perkara sama sejak usianya belasan tahun. Bermula hanya sekadar mengisi masa lapang dan untuk suka-suka, siapa menyangka saluran YouTubenya iaitu Caspar sudah pun mempunyai lebih 7 juta pengikut.

Malah setiap video yang dimuat naik pula mencecah lebih 2 juta tontonan secara purata.

Berkongsi mengenai apakah tip atau rahsia kejayaannya dalam membina ‘empayar’ sendiri di jaluran media sosial, pemuda yang berasal dari Knysna, Afrika Selatan ini memberitahu, tiada ada yang menjadi kunci kepada kejayaan tersebut selain memasang niat untuk menghiburkan orang ramai.

Kata pemilik nama sebenar Caspar Richard George Lee ini menerusi satu temu bual bersama portal antarabangsa;

“Saya mula buat video di YouTube pada tahun 2010. Ketika itu usia saya 16 tahun. Saya membesar di sebuah pekan kecil. Jadi bila rasa bosan, saya kerap melayari internet kerana obsesi dengan pengguna yang muat turun video sendiri di YouTube. Ada yang buat video testimonial dan ada juga yang kelakar.

“Jadi saya fikir mengapa tidak buat perkara yang sama. Lalu saluran saya mempunyai macam-macam video di dalamnya. Ada yang berkaitan dengan sesi temu ramah dan sesekali, saya ada buat prank. Secara asasnya, saya hanya mahu buat netizen terhibur.

“Tak sangka pula lama kelamaan, ramai yang suka hingga ia jadi viral,” katanya.

Belum puas

Kini, Caspar turut mendapat bantuan daripada rakannya, Joe Sugg. Dia juga merupakan Vlogger YouTube terkenal menerusi saluran ThatcherJoe.

“Apa yang menariknya, sejak dikenali, saya berpeluang berjumpa dan mengadakan kerjasama dengan YouTubers terkenal seperti JacksGap, Sam Pepper, Marcus Butler, Alfie Deyes dan ramai lagi.

Mengakui perkenalannya bersama mereka adalah sesuatu yang baik dalam aspek mempunyai visi yang sama dalam dunia maya, kerjaya di antara mereka juga secara tidak langsung mengukuhkan lagi namanya sebagai antara YouTuber, Vlogger dan insta-famous dikenali seluruh dunia.

“Kami sentiasa menyokong karier antara satu sama lain setiap masa,” ujarnya yang mengakui masih belum puas dengan video-video yang dihasilkan.

“Saya masih muda dan perkenalan saya dengan ramai orang dari seluruh dunia memberikan pengalaman dan idea berbeza. Jadi ia sudah pasti suatu yang baik untuk saya merancang apakah video yang akan dilakukan seterusnya.

“Tetapi ada masa, saya rasa video yang pernah dihasilkan itu belum memuaskan hati saya. Malah saya sendiri cemburu kalau ada video lain yang dirasakan lebih menarik daripada apa yang telah saya hasilkan.

“Jadi bila itu berlaku, saya pasti akan paksa diri untuk buat video yang lebih baik dan menarik,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");