Berita Hari Ini

Visa 457 Mansuh Tak Jejas Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Pemansuhan visa sementara pekerja asing mahir (Visa 457) yang diumumkan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull, Rabu lalu, tidak menjejaskan lebih 3,000 rakyat Malaysia yang memiliki visa berkenaan.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia berkata, arahan itu hanya membabitkan pemohon atau majikan yang mengemukakan permohonan Visa 457 sebelum atau pada 18 April 2017 yang belum memperoleh keputusan permohonan.

“Mengikut rekod pihak berkuasa Australia, seramai 3,180 rakyat Malaysia memegang Visa 457 dari 2012 sehingga 2016.

“Namun, kita tidak dapat mengesahkan bilangan yang berada di Australia ketika ini kerana mungkin ada yang sudah pulang ke Malaysia dalam tempoh terbabit.

“Pemansuhan ini tidak menjejaskan mereka yang sedia memegang Visa 457 melainkan mereka ingin menukar pekerjaan dan perlu mengemukakan permohonan yang baru,” katanya dalam maklum balas kepada BH, hari ini.

Rabu lalu, Turnbull ketika mengumumkan pemansuhan visa 457 berkata, visa popular itu yang membolehkan rakyat asing tinggal dan bekerja di Australia sehingga empat tahun, akan digantikan dengan skim lebih tegas yang memerlukan pemeriksaan latar belakang jenayah serta syarat ketat bahasa Inggeris.

Pemansuhan itu membabitkan dasar imigresen yang dilaksanakan bagi memberi keutamaan dan kepentingan pekerjaan kepada rakyat Australia.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia berkata, pemansuhan visa itu berkuat kuasa 19 April.

Dengan pemansuhan itu, sebanyak 216 bidang pekerjaan dikurangkan menjadi 435 berbanding 651 sebelumnya.

“Daripada 435 bidang pekerjaan berkenaan, 24 daripadanya dikhususkan untuk bidang pertanian dan penternakan di kawasan daerah,” katanya, memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");