Membawang Hari Ini

Gara-gara Nama, Zayn Malik Ditahan Imigresen USA

Zayn Malik mendedahkan dia pernah melalui pengalaman buruk ketika pertama kali menjejakkan kaki di Amerika Syarikat (USA) bersama bekas kumpulannya, One Direction.

Penyanyi yang kini memacu karier secara solo ini memberitahu, dia pernah ditahan di imigresen di negara yang kini dibawah kepimpinan Presiden Donald Trump itu.

“Pertama kali saya hendak ke Amerika Syarikat, saya menjalani tiga kali pemeriksaan keselamatan sebelum naik pesawat.

“Pertama, mereka memberitahu saya perlu melalui pemeriksaan random. Kemudian mereka beritahu saya diperiksa kerana nama saya di tandai di sistem mereka,” katanya seperti yang dilaporkan Aceshowbiz.

Setibanya di USA, penyanyi yang popular dengan lagu I Don’t Wanna Live Forever ini sekali lagi melalui nasib malang apabila ditahan oleh pihak imigresen selama tiga jam.

“Ketika saya tiba, semua seperti di filem. Mereka menahan saya selama tiga jam, memjalankan siasatan terhadap saya dengan soalan dan perkara-perkara ‘gila’.

“Ketika itu usia saya 17 tahun. Itu adalah pertama kalinya aku pergi ke Amerika Syarikat, dalam keadaan jet-lag dan bingung,” tambahnya.

Kekasih kepada Gigi Hadid ini berdepan dengan pengalaman tersebut lebih daripada satu kali. Bagaimanapun dia cuba untuk memahami keadaan yang dialaminya.

“Hal yang sama terjadi lagi beberapa bulan kemudian. Saya faham tentang langkah keselamatan yang harus mereka ambil, apalagi dalam situasi sekarang.

“Aku rasa tidak ada faedahnya kalau marah-marah. Saya faham mengapa mereka harus melakukannya kepada diri saya,” tutur pelantun hits lagu ‘Pillow Talk’ ini.

Zayn atau nama sebenarnya Zain Javvad Malik, 24, dilahirkan dalam keluarga Islam berasal dari Bradford, London. Bapanya, Yaser Malik, berketurunan British-Pakistan dan ibunya pula, Tricia Brannan Malik, seorang warganegara British berdarah campuran Irish. – MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");