Perak Hari Ini

Perak Bakal Mempunyai Taman Geopark

IPOH: Kerajaan Perak menerima cadangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Perak dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mewujudkan Taman Geopark di kawasan-kawasan tertentu khususnya di sekitar kawasan Kinta.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, antara sembilan laluan (trail) yang telah dikenal pasti akan diwartakan sebagai Taman Geopark Nasional.

Malah katanya, kawasan berkenaan juga boleh diusulkan untuk diwartakan sebagai Taman Geopark UNESCO Global.

“Saya menjangkakan bahawa ianya tidak akan mengalami masalah besar memandangkan dari segi keperluan dan syarat-syarat yang dinyatakan jawatankuasa terlibat ini,tidaklah terlalu merumitkan”, katanya.

Tambah beliau, perwartaan Taman Geopark itu sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi kawasan tarikan pelancongan baru di negeri Perak.

Selain itu jelas Zambry, ia juga dapat menjadi tarikan kepada peminat-peminat aktiviti lasak dalam dan luar negara,  yang melibatkan aktiviti hutan dan pendakian gunung.

“Ada kawasan yang sudah diketahui dan kita akan mempromosikannya dan pada masa sama ia akan menjadi salah satu tarikan pelancongan di negeri Perak.

“Salah satu kawasan yang dikenal pasti ialah melibatkan kawasan Gua Tempurung, Gunung Kandu dan Gunung Korbu di mana selain mempunyai tarikan dari segi alam semula jadi, serta nilai warisannya, ia juga boleh dijadikan sebagai destinasi kepada mereka yang berminat dengan aktivit pendakian, penerokaan gua-gua dan sebagainya”, kata Zambry.

Tambah Zambry, senarai tempat-tempat yang bakal diwartakan sebagai Taman Geopark itu akan diberitahu kelak.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");