Sukan Hari Ini

Zidane Nafi Minta Real Beli Mbappe

ZINEDINE Zidane hari ini menafikan ada meminta Real Madrid untuk menandatangani penyerang sensasi Monaco, Kylian Mbappe, yang dikaitkan dengan juara Sepanyol dan Eropah itu.

Zidane juga pada masa sama, agak kecewa apabila Alvaro Morata meninggalkan jentera serangannya untuk menyertai Chelsea.

Pemain muda Perancis, Mbappe, telah dilaporkan sebagai sebagai sasaran utama Real selepas menjaringkan 26 gol dalam semua kejohanan, musim lalu.

“Saya telah bercakap dengan presiden kelab dan staf kejurulatihan saya. Kami memiliki 28 pemain dan saya sangat gembira dengan tugas saya.

“Saya tidak meminta apa-apa daripada kelab dan kami akan menunggu sehingga 31 Ogos ini apa yang bakal berlaku.”

Real, yang berdepan Manchester United di Santa Clara, tewas menerusi penentuan sepakan penalti, namun Zidane tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

Marcelo, Gareth Bale, Toni Kroos, Luka Modric, Isco dan Karim Benzema telah beraksi dalam separuh masa pertama, namun ketinggalan 1-0 selepas Jesse Lingard membuka jaringan buat United.

Pemain-pemain muda Real diberikan peluang untuk menyerlah, dengan Theo Hernandez, Oscar dan Alvaro Tejero diperkenalkan dalam separuh masa kedua dan Real berjaya mengikat kedudukan menerusi sepakan penalti Casemiro pada minit ke-69.

“Kami menerima kekalahan ini. Terdapat beberapa perkara positif yang dapat diambil. Kondisi pemain semakin hari semakin baik.”

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");