shadow

KUALA LUMPUR – Tidak sampai seminggu selepas Atheist Republic dibongkarkan kini kumpulan berkenaan dilihat mula bertindak biadab apabila berani mengugut Kerajaan Malaysia yang diterajui UMNO-BN.

Ini termasuk menerusi tekanan daripada pihak masyarakat antarabangsa agar tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap ribuan ahlinya dari kalangan Melayu murtad yang menyertai kelab haram itu.

Menurut laporan portal tempatan Menara.my yang terkenal dengan berita hal ehwal Islam, ugutan itu dikeluarkan ekoran proses siasatan dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke atas ahli-ahlinya.

Ia susulan tindakan Atheist Republic sendiri melakukan provokasi dengan mengumumkan kewujudan ahlinya dari kalangan golongan Melayu ateis dan pembukaan pejabat kedutaan haramnya di Kuala Lumpur pada 3 Ogos lalu.

“Wahai Kerajaan Malaysia, jauhi daripada ahli-ahli Atheist Republic di negara kamu. Dunia sedang memerhatikan,” tegas Ketua Pengarah Eksekutif Atheist Republic, yang dikenali sebagai Allie Jackson dengan nada penuh angkuh!

Beliau dengan selamba turut mengumumkan beberapa siri tindakan lain yang sedang mereka ambil bagi ‘melawan’ usaha siasatan yang giat dilakukan oleh pihak berkuasa agama Islam dengan rakan kerjasama mereka di Malaysia.

Allie juga dilaporkan memohon seorang sahabatnya di Belgium, Wendy-Kjell Deboyser-Vandenberghe agar meminta bantuan kedutaan Belgium di Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan guaman secara percuma bagi mereka.

Beliau berkata, “Salah seorang ahli kami sedang disoal siasat oleh pihak polis. Nampak gayanya, mereka memang sedang memburu ahli-ahli kita. Dapatkan mana-mana bantuan guaman secara pro-bono, amat-amat membantu.”

Komen & Pendapat