Laporan Eksklusif

Terngiang gurauan

ivy

Seremban: Ketibaan abu mayat juruterbang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, mendiang Kapten Eugene Choo Jin Leong, 45, di rumahnya di Sri Carcosa Seremban 2, di sini, semalam disambut linangan air mata oleh sekumpulan juruterbang MAS yang hadir bagi memberi penghormatan.

Majlis berkenaan diadakan sebaik kendi mengandungi abu mayat tiba jam 10.20 pagi yang dibawa dengan van jenazah.

Sebelum itu, kendi berisi abu mayat dilitupi Jalur Gemilang tiba dengan pesawat komersial MH19 dari Amsterdam, Belanda bersama lapan lagi mangsa lain di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang jam 8.35 pagi.

Ketibaan abu mayat disambut balunya, Ivy Loi, 42, serta dua anak lelaki, Melvic Choo, 13, dan Scott, 10, bersama lebih 400 ahli keluarga, kakitangan MAS, rakan dan jiran.

Rakan mendiang, Jacob Lim, 55, berkata, ahli keluarga sedih dengan kejadian menimpa Eugene yang disifatkan sebagai anak, suami dan bapa yang baik.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");