Berita Hari Ini

Namewee patut dilucutkan kewarganegaraan!

Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai “Namewee” dilaporkan telah hadir memberi keterangan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya kerana menimbulkan beberapa konstroversi melalui video clip ciptaannya. Namewee tanpa ragu-ragu menjelaskan bahawa “hasil seni”nya itu adalah bertujuan untuk mempertahankan perlembagaan sebenar dan mengutuk sesiapa saja yang “racist”. Budak Cina ini begitu yakin menerangkan bahawa dia adalah “anti-racist” dan amat menyokong gagasan 1Malaysia yang dipelopori oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Selain itu, Namewee tidak teragak-agak untuk mengutuk sesiapa sahaja yang tidak menghormati gagasan 1Malaysia dan Perdana Menteri kita itu.

“Baik hati” sungguh budak Cina yang bernama Namewee ini. Namewee “sangat baik hati” sehingga menzahirkan “kebaikan hati budi”nya itu dengan melagukan cacian nista, menunjukkan isyarat lucah dan yang paling “baik” sekali ialah menghina agama Islam! Begitulah “sayang”nya Namewee ini kepada Malaysia.

Apakah Namewee fikir bangsa Melayu Muslim di Malaysia ini bodoh sepertinya? Apakah Namewee fikir bangsa Melayu di Malaysia ini boleh diperbodohkan dengan kenyataannya itu dengan sewenang-wenangnya. Mungkin Namewee fikir Melayu PAS dan Melayu PKR sebodoh itu, tapi tidak semua Melayu itu sebodoh yang difikirkan Namewee. Masih ramai lagi Melayu Muslim di Malaysia ini yang waras dan tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Nampaknya Namewee tersalah jangkaan.

Namewee pernah meggubah sebuah lagu yang berjudul “Negarakuku” yang mengakibatkan budak Cina ini menerima kutukan dan amaran dari pelbagai pihak, terutamanya Melayu UMNO. Namun, setelah Namewee meminta maaf di atas kesilapan pertamanya itu, maka di atas sifat bangsa Melayu yang suka bertolak ansur, maka Namewee di”lepas”kan. Namun, ramai yang masih tidak berpuas hati atas insiden ini dan mempersoalkan patriotisma di dalam diri budak Cina ini.

Namun, Namewee tidak belajar dari kesilapan pertamanya itu. Budak Cina ini sekali lagi mengulangi kebiadapannya dengan menghina pelbagai agensi seperti Tenaga Nasional Berhad dan bangsa Melayu melalui klip videonya yang jelas menghina Melayu. Dalam lirik lagunya itu, Namewee tanpa rasa bersalah menyuruh bangsa Melayu tinggal di dalam hutan dan hidup seperti kaum Sakai. Sudahlah dia menghina Melayu, kemudian dia mempersendakan kaum Sakai yang merupakan salah satu bumiputera di Malaysia. Apakah dengan menghina bangsa bumiputera dan mencipta isu perkauman seperti ini menunjukkan bahawa Namewee adalah seorang “anti-racist”?

Kemudian, Namewee sekali lagi mencetus konstroversi perkauman apabila mencipta “karya seni agung”nya yang terbaru. Kali ini mangsa kutukannya ialah seorang pengetua di sebuah sekolah di Kulai Jaya. Sebetulnya, Namewee tidak kenal langsung dengan pengetua ini. Malah dia mengutuk pengetua ini dengan asas dari blog dan laman web Pakatan Rakyat yang terkenal sebagai “medan fitnah” sebagai asas? Budak Cina ini patut selidik dahulu sebelum membuat sebarang ekspresi di khalayak umum. Namun, di atas sifatnya yang bodoh, Namewee tanpa siasat telah mengutuk pengetua tersebut sekeras-kerasnya di samping turut membabitkan isu perkauman di dalam klip videonya. Haruskah seorang “anti-racist” mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun, menunjukkan isyarat lucah dan memainkan isu perkauman tentang isu yang dia sendiri tidak pasti?

Namewee harus lebih peka dengan sensitiviti kaum di Malaysia. Dia tidak sepatutnya mencurahkan minyak pada percikan api kerana ianya mampu memakan diri. Sekiranya dia betul-betul seorang anti-racist dan sayangkan keharmonian kaum di Malaysia, budak Cina ini boleh mencipta klip video ramai lagi pengetua yang meminta pelajar bukan Islam agar menghormati pelajar Islam yang sedang berpuasa di bulan Ramadhan. Lebih banyak lagi perkara positif yang boleh memadamkan sikap ”racist”. Namun, dengan memilih cara mengutuk, mencaci dan menghina itu, apakah Namewee menunjukkan sikapnya yang “anti-racist”? Orang Melayu kini semakin pandai berbahasa Inggeris. Peribahasa Inggeris berkata “once bitten, twice shy”. Kali ini Namewee perlu berdepan dengan masalah!

Bukan sekali, bukan dua kali, tapi sudah berkali-kali bilangannya. Tindakan Namewee memperbodohkan bangsa Melayu sudah sampai ke penghujungnya. Kali ini, Namewee tidak akan dibiarkan bebas mengutuk sesiapa sesuka hatinya lagi. Banyak laporan polis telah dibuat terhadap kebiadapannya menghina agama Islam, bangsa Melayu, Tanah Melayu dan mencetuskan konflik sensitiviti perkauman di negara berbilang bangsa ini. Namewee harus dikenakan tindakan sewajarnya.

Jika perkara ini berlaku di zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir dahulu, pastinya perkara ini tidak akan berlaku. Malah jika berlaku sekali pun, berkemungkinan Namewee sudah disambut pihak berkuasa setibanya di KLIA dari Taiwan dan terus masuk ke tahanan ISA. Jika perkara ini berlaku di zaman Tun Lah, rasanya tiada tindakan yang akan diambil terhadap Namewee kerana Tun Lah tidak tahu langsung tentang perkara ini seraya menjawab “I don’t know..I’m not involve..zzzz..”. Namun, bila perkara ini berlaku di zaman Dato’ Seri Najib Tun Razak, apakah yang akan berlaku?

Di zaman Dato’ Seri Najib, Menteri di Kementerian Dalam Negerinya ialah Dato’ Seri Hisyamuddin Tun Hussien. Menurut sumber, dasar Dato’ Seri Najib ialah mengurangkan penggunaan akta ISA di dalam pentadbirannya. Maka, Dato’ Seri Hisyamuddin “terpaksa”lah memberikan amaran demi amaran, termasuklah “amaran keras” atau “amaran paling keras”. Walaupun begitu, pihak kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab dengan memanggil Namewee untuk memberi keterangan dan sebarang pendakwaan mestilah mengikut lunas-lunas perundangan negara. Penulis sendiri sebenarnya kurang berpuas hati dengan tindakan sebegini, namun penulis harus faham bahawa undang-undang negara mestilah dipatuhi sepenuhnya. Kedaulatan undang-undang sebagai rukunegara haruslah dipatuhi. Terus terang dikatakan jika mengikut kemahuan penulis, mahu saja penulis memberikan “buah tangan dan kaki” sedas dua kepada Namewee. Namun, undang-undang membatasi. Harapnya Namewee dilucutkan saja kewarganegaraannya!

Namewee adalah contoh moden terbaik untuk menunjukkan mentaliti generasi bangsa Cina alaf baru ini. Penulis optimis mengatakan bahawa ramai generasi bangsa Cina sebaya Namewee tidak tahu langsung berterima kasih kepada bangsa Melayu dan pihak kerajaan. Mungkin mereka di didik begitu oleh kedua orang tua mereka. Walaupun tidak semua bangsa Cina ini sebegitu, namun majoritinya mereka sanggup bersatu demi kepentingan bangsa mereka. Sokongan Soi Lek terhadap laungan DAP baru-baru ini adalah contoh terbaik. Ini menunjukkan bahawa bangsa Cina mempunyai sikap “racisme” yang lebih tinggi berbanding bangsa Melayu dan bangsa lain di negara ini. Mereka cukup bersatu. Jika tidak bersatu dibawah satu parti politik, pastinya mereka bersekongkol di dalam Dewan Perniagaan dan sebagainya. Melayu pula bagaimana?

Namewee tidak harus dimaafkan kali ini. Budak Cina ini perlu diambil tindakan sebagai pengajaran kepada seluruh masyarakat Cina bahawa bangsa Melayu tidak lagi boleh bersabar dengan kebiadapan mereka. Melayu tidak lagi boleh bersabar apabila dihina agama dan bangsa mereka di bumi tanahair mereka sendiri. Jangan haraplah Namewee boleh terlepas dengan hanya meminta maaf seperti sebelum ini. Cukuplah sakit hati dan luka yang dilakukan oleh budak Cina yang tidak tahu diri ini, bangsa Melayu tidak ingin berkongsi hidup dengan mereka-mereka yang bersifat seperti Namewee ini. Biarpun suatu hari luka itu akan menjadi parut, biarlah ianya adalah parut terakhir ditubuh bangsa Melayu di Tanah Melayu ini. Tanah Melayu lebih aman tanpa “haiwan” yang tidak tahu mengenang budi!

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");