Perak Hari Ini

Zambry saran Gunung Lang dijadikan produk eko pelancongan

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diarah supaya mencari jalan terbaik bagi  memelihara keindahan dan membangunkan Taman Rekreasi Gunung Lang, di Jalan Kuala Kangsar sebagai lokasi pelancongan terkenal di bandaraya ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata walaupun sudah banyak usaha dilakukan bagi membangunkan kawasan itu termasuk bekerjasama dengan pihak swasta, namun setakat ini, hasilnya masih kurang memuaskan.

“Kerajaan akan terus menaiktaraf kerana kawasan ini adalah antara lokasi menarik yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi.

“Saya sudah mengarahkan MBI mencari jalan terbaik untuk memelihara kawasan ini kerana ia berpotensi menjadi antara lokasi pelancongan  di bandaraya Ipoh, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Hari Raya anjuran MBI di Taman Rekreasi Gunung Lang.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli, Speaker DUN, Datuk R Ganesan dan Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim.

Beliau berkata, MBI juga perlu melaksanakan tindakan susulan bagi membangunkan kawasan itu secara berperingkat bagi memastikan keindahannya terus terpelihara.

“Kita berharap keindahan alam semulajadinya dapat dipertahankan sebagai daya tarikan kepada penduduk dan pelancong tempatan.

“Kawasan ini boleh dijadikan sebagai ‘simple tourist spot’ melalui tanaman semulajadi sebagai tarikan kepada pengunjung,” katanya.

Pada majlis itu, beliau sempat meluangkan masa kira-kira 40 minit untuk meninjau gerai makanan yang dibuka oleh setiap jabatan MBI termasuk Jabatan Bangunan, Pejabat Setiausaha dan Jabatan Kesihatan.

Pelbagai juadah enak lagi menyelerakan disaji kepada para tetamu selain  dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan.

Lebih 500 kakitangan MBI hadir bersama keluarga masing-masing bagi memeriahkan majlis itu yang  bertepatan Gagasan  1Malaysia dalam usaha memupuk perpaduan di kalangan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");