Kolumnis

Eksklusif: Kontroversi ‘LADANG RAKYAT’ bakal jadi Isu Pembunuh di GALAS

Dalam pada Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS cuba menggambarkan kebaikan dan keprihatinan mereka dengan mengumumkan pemberian geran hak milik kekal kepada peneroka-peneroka FELDA yang telah habis membayar hutang mereka termasuk di FELDA Chiku 1 dan 2, rupa-rupanya Husam Musa, Exco yang berkaitan, terlupa pada satu SKANDAL besar yang cuba dilupakan.

Penggondolan Tanah Tinggi Lojing akibat keserakahan taukeh-taukeh balak yang didalangi oleh orang-orang politik Kelantan, akhirnya menimbulkan idea ‘LADANG RAKYAT’. Ladang Rakyat wujud bagi menutup mulut tentang pembalakan tidak terkawal di Tanah Tinggi Lojing. Bagi meyakinkan rakyat terutama di daerah Gua Musang, pengambilan tanah dilakukan secara giat oleh penguasa PAS Kelantan.

Namun helah tersebut memakan diri mereka apabila penyandang DUN Galas, Chek Hashim Sulaima meninggal dunia akibat kanser usus. Ladang Rakyat yang dijanjikan, tidak mungkin dapat diwujudkan dalam tempoh seminggu dua ini. Lebih malang lagi apabila isu tersebut menjadi isu yang cukup besar untuk ditangani oleh Kerajaan Negeri Kelantan menjelang Pilihanraya Kecil Galas 4 November ini memandangkan tanah yang terlibat ‘dirampas’ oleh Kerajaan Negeri dan diserahkan kepada pihak swasta untuk diusahakan.

Tindakan Kerajaan Negeri merampas tanah itu untuk diberikan kepada syarikat swasta luar Kelantan bertujuan membangunkannya atas nama Ladang Rakyat disifatkan sebagai menyusahkan dan menzalimi penduduk setempat yang telah pun mengusahakan pelbagai tanaman di situ lebih dua dekad.

Sebilangan penduduk menzahirkan kekesalan kerana duit deposit untuk mendapatkan hak milik tanah itu telah diberikan, malah tanah mereka telah pun ditanam dengan getah serta kelapa sawit, namun Kerajaan Negeri tidak langsung bersifat belas kasihan melainkan merampas tanah berkenaan untuk diserahkan kepada syarikat swasta yang berkenaan.

PAS kebelakangan ini begitu bersungguh-sungguh ingin membuktikan bahawa FELDA telah menganiayai peneroka-penerokanya. Malah menerusi pemimpinnya, peneroka-peneroka FELDA dihasut agar menyaman FELDA kerana dikatakan menghisap darah. Bagaimanapun, Ladang Rakyat yang masih dalam rancangan untuk dibangunkan, sehingga kini belum menampakkan hasil. Sebaliknya yang benar-benar diusahakan ialah balak-balak bermutu yang hilang dari hutan dan perampasan-perampasan tanah yang telah diusahakan oleh penduduk setempat.

Pesta pilihanraya di Galas akan menyaksikan PAS pasti bermain-main dengan isu FELDA dan peneroka. Namun PAS selagi boleh akan cuba mengelak daripada memperkatakan tentang Ladang Rakyat. Seandainya, fokus yang lebih agresif diberikan oleh UMNO dan jentera kempen Barisan Nasional terhadap Ladang Rakyat, Tanah Tinggi Lojing, skandal pembalakan dan beberapa isu lain yang melibatkan kerajaan negeri PAS di Ulu Kelantan, pastinya PAS Kelantan berhadapan dengan masalah berat di Galas.

Penulis: Rosli Mohd Sah

Sebelum ini isu ini sudah dibangkitkan disini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");