Perak Hari Ini

Hasil tanah Perak naik 111 peratus

Kutipan hasil tanah kerajaan negeri sehingga September 2010 mencatatkan peningkatan sebanyak 111 peratus berbanding sasaran yang ditetapkan pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, kerajaan negeri berjaya mengutip hasil meliputi cukai tanah, bahan batu dan premium sebanyak RM452,575,843.71, melebihi sasaran kutipan tahunan 2010 iaitu RM407,659,674.

Tahun lalu, kutipan yang dibuat dalam tempoh sama adalah RM300,426,911.43.

“Kejayaan ini adalah hasil strategi menjalankan kempen minggu pembayaran cukai di tempat awam seperti pasar raya serta pengesanan dari rumah ke rumah melalui kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Selain itu, kita juga melakukan rundingan terus dengan syarikat-syarikat besar yang mempunyai ladang besar tetapi mempunyai kesulitan untuk pembayaran serta menetapkan pengurusan permohonan rayuan premium,” katanya di sini baru-baru ini.

Menurut Zambry, kerajaan negeri juga sedang memikirkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik tanah yang sudah diberikan hak milik tetapi tidak membayar premium.

Beliau berkata, ia berikutan terdapat syarikat-syarikat besar yang tidak membayar premium melibatkan tunggakan lebih RM117 juta selama 15 tahun sekali gus mendatangkan kerugian kepada kerajaan negeri.

?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");