Perak Hari Ini

Zambry: Ambil teguran Laporan Audit 2009 dari sudut positif

Semua ketua jabatan dan agensi kerajaan di negeri ini digesa mengambil setiap teguran yang dinyatakan dalam Laporan Audit 2009 dari sudut yang positif.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata ulasan prestasi yang dibuat oleh Ketua Audit Negara seharusnya dijadikan panduan bagi memperbaiki mutu pengurusan dan perkhidmatan setiap jabatan dan agensi terbabit.

Katanya ulasan kurang memberangsangkan melibatkan mana-mana jabatan atau agensi seperti yang dinyatakan dalam Laporan Audit itu bukan bermakna jabatan tersebut tidak mempunyai sistem pengurusan yang baik.

“Kadang-kadang kita ada alasan kukuh kenapa satu-satu keadaan itu berlaku di jabatan tertentu dan Ketua Audit membuat teguran berdasarkan fakta dan maklumat.

“Apapun kita harus menerima setiap teguran itu dengan semangat yang positif dan cuba memperbaikinya supaya tidak ada ruang bagi kelemahan untuk berlaku,” katanya.

Zambry bagaimanapun berkata beliau gembira kerana disebalik beberapa teguran, Laporan Audit 2009 menyatakan sistem pengurusan di Perak secara keseluruhannya adalah baik.

“Saya gembira kerana Perak mempunyai sistem pengurusan yang baik tetapi saya tidak mahu ini dijadikan satu alasan untuk kita tidak terus berusaha memperbaiki sistem pengurusan yang ada,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");