Isu Panas

Khalid Ibrahim akan bertanding jawatan Timbalan Presiden

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti yang dijadualkan bulan depan.

Beliau berkata keputusan itu bertujuan memperbetulkan keadaan PKR yang dilihat berada dalam keadaan berpuak-puak, termasuk kewujudan serangan peribadi terhadap sesetengah pemimpin parti berkenaan.

Katanya, keadaan itu perlu diperbetulkan segera jika parti mahu memperoleh kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya mahu memastikan keputusan saya ini memberi kesan positif kepada parti.

“Justeru, saya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menilai kesan yang akan timbul kepada pentadbiran dan perpaduan parti, jika saya bertanding,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Seksyen 7 di sini. Malaysia Instinct

Komen Perak Today: Nampaknya persaingan untuk jawatan kedua dalam pKR semakin sengit. Apakah reakszi dari Zaid Ibrahim selepas ini? Adakah beliau akan bertanding sebagai Timbalan Presiden atau Presiden? Azmin Ali sebelum ini sudah memberitahu Nurul bahawa, tidak sesuai bagi Nurul untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");