Isu Panas

PAS Nak Terkencing Bila Ku Li Jadi Panglima BN Galas

Pertemuan Datuk Seri Najib dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang dihadiri oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dan timbalannya, Dato’ Dr. Awang Adek selama 20 minit di Parlimen pagi tadi memberi isyarat positif untuk Barisan Nasional menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Galas.

Pada pertemuan itu juga, Najib telah menyerahkan surat perlantikan rasmi kepada Ku Li sebagai Pengarah PRK Galas.

Selesainya perjumpaan singkat tersebut, kelihatan kesemua yang hadir berwajah ceria melambangkan keyakinan masing-masing dengan ketepatan keputusan untuk melantik Ku Li menerajui PRK ini.

Nampaknya, BN semakin yakin akan kemenangan parti itu di Galas.

Ku Li sebelum ini telah dengan tidak semena-mena menjadi ‘tokoh harapan’ PAS apabila bersuara bertentangan dengan kerajaan dalam beberapa isu terutamanya berkenaan royalti minyak Petronas dan mengkritik pengurusan Felda.

Namun, BN ternyata sebuah parti yang matang di mana pertentangan pendapat adalah perkara biasa dan langsung tidak menjadi nanah dalam perjuangan. Ini terbukti dengan Ku Li menerima perlantikan tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab dan yakin.

PAS telah mula mengkritik Ku Li apabila terdapat ura-ura beliau akan dilantik oleh BN sebagai Pengarah PRK atau diletakkan sebagai calon di Galas. Berbagai-bagai hujah dikeluarkan oleh PAS untuk menidakkan Ku Li dilantik oleh BN.

Malah, ketakutan PAS tampak jelas sejak parti itu meminta BN tidak meletakkan calon di Galas konon demi perpaduan ummah. Sedangkan PAS merupakan parti yang begitu kuat menentang perpaduan ummah selama ini.

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz menyatakan kononnya Ku Li sebagai kerabat diraja adalah terlalu mulia untuk bergelumang dalam politik. Hakikatnya, Ku Li telah pun lama berjuang dalam politik dan ia tidak pernah pula menjadi masalah bagi Nik Aziz terutama apabila Ku Li menubuhkan Semangat 46.

Ke’gabra’an PAS semakin terserlah apabila blogger-blogger mereka mula menyerang Ku Li pula walaupun sebelum ini mereka begitu ‘berlembut’ dengan beliau.

Kini, Ku Li telah secara rasminya dilantik untuk menerajui PRK Galas dan sebarang hujah PAS untuk mengelak ia dari berlaku sudah tidak berguna lagi.

Walau apapun, perlu diingatkan bahawa rakyat semakin matang dan rakyat menilai pemimpin dari segi prestasi, bukan dari publisiti murahan.

Oleh itu, kita percaya rakyat Galas tidak punya masalah untuk menilai dan membandingkan prestasi antara PAS/PKR dengan UMNO/BN kerana ia adalah ibarat terang lagi bersuluh.

Sesungguhnya, hanya orang-orang yang benar-benar buta yang tidak dapat melihat sesuatu yang begitu terang seperti jasa UMNO/BN kepada rakyat dan negara ini dan hanya orang yang benar-benar buta yang masih menyokong PAS.

Fareed Dawood Malaysia Instinct

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");