Berita Hari Ini

PRK Galas: Tiada kelebihan lantik Ku Li – Nasharuddin

KOTA BAHRU 1 Okt. – Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, beliau tidak nampak pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas memberi kelebihan kepada parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pas.

Ini kerana, katanya, yang akan bertanding bukannya antara anggota Parlimen Gua Musang itu dengan Pas tetapi antara Pas dengan UMNO.

“Jadi, saya tak nampak pelantikan Tengku Razaleigh itu boleh memberi kelebihan kepada mana-mana pihak, sama ada Pas atau UMNO. Yang pasti Pas akan berlawan dengan UMNO bukannya dengan Tengku Razaleih,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan, di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Nasharuddin yang juga Anggota Parlimen Bachok berkata, PAS menaruh keyakinan untuk mempertahankan kerusi DUN Galas itu berdasarkan kepercayaan rakyat kawasan berkenaan serta rekod perkhidmatan parti itu melalui bekas wakil rakyatnya, Allahyarham Chek Hashim Che Sulaima. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");