Perak Hari Ini

MIC Perak daftar 4,000 pengundi baru: Veerasingam

Hampir 4,000 pengundi baru didaftarkan MIC Perak, sekaligus memperlihatkan tahap sokongan kaum India terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini semakin meningkat.

Pengerusi MIC Perak, Datuk S Veerasingam, berkata setakat ini terdapat lebih 80,000 pengundi MIC di seluruh negara dan parti itu meletakkan sasaran menambah antara 20,000 hingga 30,000 pengundi baru sebelum pilihanraya umum ke- 13.

Beliau berkata, bagi meraih sokongan kaum India di Perak , MIC negeri akan bekerjasama dengan parti komponen BN dan badan bukan kerajaan (NGOS) bagi mencapai matlamat berkenaan.

“MIC Perak akan bekerjasama dengan parti komponen BN termasuk IPF dan Makkal Sakti bagi mendaftarkan lebih ramai pengundi dan setakat ini, kita sudah berjaya mendaftarkan hampir 4,000 pengundi baru.

“Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kepimpinan negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang begitu prihatin dengan nasib rakyat cukup dikagumi kaum India bukan sahaja di Perak tetapi juga di seluruh Malaysia,” katanya di Ipoh hari ini.

Terdahulu, Veerasingam yang juga Penasihat Khas Menteri Besar menyampaikan hamper kepada pesakit Wad Ortopedik Hospital Raja Permaisuri Bainun sempena perayaan Deepavali.

Dalam perkembangan berkaitan, MIC Perak katanya, juga akan berusaha mendaftarkan pengundi yang berada di luar Perak untuk kembali mengundi di negeri ini pada pilihanraya umum akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");