Kolumnis

Panas: Sudah 48 jam, tetapi Dr Zul terus membisu…

Sudah hampir 48 jam blogger House PK dan UMNO-Online mendedahkan status Dr Zul, calon PAS yang bertanding di N45 Dun Galas. Namun hingga kini kita masih tidak mendengar sebarang respons. Blogger House PK telah mencabar PAS supaya dibuat laporan polis sekiranya berita tersebut merupakan berita palsu.

Saya merasa agak pelik dengan situasi ini, buka saja blogger House PK dan UMNO-Online yang memainkan isu ini, malah boleh dikatakan hampir kebanyakan blogger pro-kerajaan memainkan isu yang sama, tetapi langsung tiada reaksi atau respon dari pimpinan mahupun ahli PAS.

Ini menimbulkan banyak tanda tanya sebenarnya, adakah perkara ini benar-benar berlaku? Memang benarkah Dr Zul ditangkap khalwat? Sekiranya tidak, mengapa Dr Zul dan PAS pada amnya membisu, sepertimana lazimnya kita tahu sekiranya sesuatu berita itu tidak benar, pihak PAS akan membuat laporan polis dan menafikan perkara tersebut. Tetapi dalam isu ini PAS diam seribu bahasa.

Saya merasa agak pelik dengan sikap membisu PAS ini. Biasanya mereka tidak sesepi ini, malah cakap-cakap di kedai kopi dan sekitar Gua Musang semakin kuat bahawa pertuduhan ini adalah benar. Secara peribadi saya pun merasakan perkara ini benar-benar terjadi. Jika tidak benar masakan PAS diam seribu bahasa?

Malah, lebih memburukkan lagi keadaan, dikhabarkan bahawa Dr Zul telah menghilangkan diri dari Gua Musang dan dia didapati berada di Kuala Lumpur. Mengapa Dr Zul ke Kuala Lumpur? Adakah dia mahu memujuk 1557 pengundi yang tidak mengetahui latarbelakang beliau supaya mengundi beliau?

Atau pemergian beliau ke Kuala Lumpur atas urusan tertentu? Sekali lagi pihak PAS terus membisu, ianya bukanlah satu kebiasaan bagi pihak PAS untuk terus membisu, sepertimana diketahui umum, PAS adalah sbuah parti yang sangat agresif. Sekiranya mereka mendapati sesuatu berita itu tidak benar atau kurang tepat, mereka akan bertindak dengan kadar segera. Tetapi sekali lagi saya ingin perkatan mereka tidak membuat begitu dalam isu Dr Zul ini.

Sama-samalah kita nantikan jawapan dari pihak PAS, itupun sekiranya ada, jika tidak rakyat akan terus fikir bahawa perkara ini adalah benar, suka atau tidak pihak PAS kena tampil dan memperjelaskan isu ini. Ianya tidak boleh didiamkan sahaja. Rakyat Galas mahukan kebenaran.

Persoalannya sekarang. Beranikah PAS melakukan sedemikian?

Oleh: Rashid Sulaiman untuk Perak Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");