Berita Hari Ini

SENARAI PENGUNDI HILANG ANGKARA SIAPA?

Seramai 600 lebih ahli Puteri UMNO Kedah hilang kelayakan mengundi dlm daftar pemilih tambahan SPR suku ke-3 untuk 2010. Umur termuda hilang kelayakan ialah 23 tahun.

Diminta ahli2 Puteri seluruh Kedah menyemak status pendaftaran dengan Suruhanjaya PilihanRaya  anda di pejabat .UMNO Bahagian masing-masing dengan kadar segera.

Demikianlah bunyi keluhan Umno Kedah yang menyedari perkara tersebut , keluhan disuarakan dalam facebook mereka.  Isu nama pengundi hilang bukan lah perkara baru, sejal 1999 lagi perkara ini berlaku . Ia dilakukan oleh parti tertentu dengan memindahkan pengundi yang menyokong BN ke tempat-tempat lain termasuk lah ke Sabah dan Sarawak.

Hari ini pun usaha memindahkan pengundi ke tempat lain sedang giat dijalankan oleh parti pembangkang, terutama ke kawasan yang ramai pengundi Melayu , tujuannya ialah untuk menguasai kawasan majoriti Melayu. Ia berlaku di Pulau Pinang dan di Perak telah di kesan di sekitar bandaraya Ipoh.

Untuk membantah kita dikenakan bayaran oleh SPR, jika terbukti betul wang bantahan tidak dikembalikan dan jika bantahan kita tidak tepat maka wang akan berganda.  Oleh itu segala peraturan yang tidak munasabah menyebabkan pihak pegawai SPR yang dilantik oleh parti-parti politik bebas memanipulasikan perkara ini.

Pada PRU 12 yang lalu laman-laman blog atau web parti pembangkang telah menyiarkan nama-nama pengundi yang berusia lebih 100 tahun. Ia menjadi bahan lawak untuk mereka mengkritik SPR kononnya mereka adalah pengundi hantu BN.   Padahal  ia adalah kerja jahat kakitangan SPR yang menyokong pembangkang. Pegawai mereka yang membuat isu dan pegawai mereka lah yang mempamerkan semua nama-nama pengundi berusia 100 tahun ke  dalam email dan blog.

Inilah kerja sebahagian kakitangan SPR yang tidak beretika. Harap Pengerusi SPR sentiasa mengawas dan meneliti kerja-kerja kakitangan bawahan mereka. Pecat jika bersalah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");