Perak Hari Ini

Setiap pelajar di Perak yang layak berhak dapat bantuan dermasiswa

Bantuan dermasiswa yang disediakan kerajaan negeri diberikan kepada semua pelajar yang layak tanpa mengikut sistem kuota.

Exco Kanan Datuk Hamidah Osman berkata kerajaan negeri melalui Yayasan Perak telah mengagihkan dermasiswa bernilai RM10 juta kepada pelajar di negeri ini yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) sepanjang 2010.

Kira-kira 9,000 pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum menikmati pinjaman ini yang diwujudkan bagi membantu meringankan beban keluarga berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan untuk membayar sebahagian yuran pendaftaran anak mereka yang melanjutkan pengajian ke IPT, katanya.

“Bantuan ini kita berikan kepada setiap pelajar yang layak tanpa ada sistem kuota,” katanya.

Hamidah berkata demikian selepas menyerahkan dermasiswa kepada 407 pelajar dari Parlimen Gopeng dan Batu Gajah berjumlah RM357,800.

Katanya kerajaan memberi bantuan RM200 kepada setiap bayi yang dilahirkan di negeri ini mulai tahun ini melalui program Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak.

“Pada tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta kepada kira-kira 10,000 anak kelahiran Perak,” katanya.

Bantuan sebanyak RM200 ini tidak diberikan secara tunai, sebaliknya disalurkan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) di bawah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), katanya.

“Pelaksanaan tabung simpanan ini diharap dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa supaya mula menabung demi masa depan anak-anak mereka,” kata Hamidah yang juga ADUN Sungai Rapat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");