Perak Hari Ini

Keputusan Najib tentukan bakal calon PRU-13 tepat- DS Zambry

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akan menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi BN bagi menentukan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, sebagai pemimpin utama BN, Najib lebih mengetahui apa yang diperlukan rakyat dan calon yang layak untuk dicalonkan.

“Perdana Menteri lebih sedar dan tahu akan denyut nadi rakyat. Apa jenis pemimpin yang hendak dipilih mereka tentunya seorang yang mempunyai kelayakan yang sering disebut beliau.

“Dua aspek penting yang selalu ditekankan beliau ialah calon yang mempunyai kriteria boleh menang dan disukai rakyat. Dua kriteria itu sangat penting kerana akhirnya orang akan melihat calon itu disukai, diterima rakyat atau tidak,” katanya.

Beliau mengulas mengenai penegasan Najib selaku Pengerusi BN untuk menggunakan kuasanya bagi menentukan siapa yang menjadi calon pada pilihan raya akan datang bagi memastikan kemenangan bagi BN.

Beliau berkata, Perdana Menteri lebih mengetahui calon mana yang mempunyai kriteria yang dikehendaki dan semestinya calon itu disukai serta disenangani hati rakyat.

“Perkara itu memang menjadi keutamaan kepada Perdana Menteri dan selalu ditekankan dalam setiap pemilihan calon untuk pilihan raya. Ia cukup mudah,” katanya – Perak BN.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");