Perak Hari Ini

Kerajaan perlu mewujudkan tabung khas-Raja Ahmad

Anggota Jawatankuasa Pengurusan FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, kerajaan perlu mewujudkan satu tabung khas bagi menyimpan imbuhan yang disumbangkan kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepada pemain Skuad Harimau Malaya yang menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini.

Beliau berkata, walaupun sumbangan itu diberikan kepada mereka atas sumbangan yang diberikan tetapi adalah perlu ianya disimpan bagi memastikan masa depan pemain terjamin.

Raja Ahmad Zainuddin berkata, pandangan ini diberikan secara peribadi kerana ganjaran yang diperolehi pemain-pemain ini adalah terlalu banyak berbanding diperolehi pemain negara yang bermain di sukan Olimpik pada tahun 1972 dan 1980.

Katanya, wajarlah mereka mengenang dan menyingkap sejarah silam yang imbuhan diterima ini perlu disimpan sebahagiannya untuk masa depan.

”Keseluruhan skuad ini masih terlalu muda dan kita tidak mahu mereka gelap mata dan memberlanjakan kesemua wang tersebut…kita tidak mahu mereka tersepit dengan pelbagai masalah hingga menyebabkan mutu permainan merosot di masa depan.

”Kemantapan dan prestasi mereka perlu dikekalkan…perjalanan mereka masih jauh kerana akan memikul tugas di dalam perlbagai piala termasuk kelayakan Olimpik dan Piala Dunia”katanya kepada Perak Today di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, pemain bolasepak di negara ini perlu keluar bermain bersama kelab-kelab di Eropah bagi memberikan mereka lebih pendedahan dan pengalaman bagi mengembangkan industri sukan itu di Malaysia.

”Ianya lebih baik dan cepat berbanding melatih mereka di sini kerana kita akui mutu permainan mereka di Eropah adalah lebih tinggi dan jauh di hadapan,”katanya.

Katanya, sebagai contoh Akmal Rizal Rakhli yang pernah bermain dengan pasukan luar menunjukkan prestasi lebih baik selepas pulang ke negara ini dan kita perlu mewujudkan lebih ramai pemain seperti ini di masa depan.

”Harga yang dibayar untuk menggilap seorang pemain baru bukanlah murah dan mudah tetapi untuk meningkatkan prestasi pemain mereka perlu berkorban dan menimba ilmu ditempat yang lebih baik dan sepatutnya,”katanya.-Husin Lempoyang

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");