Perak Hari Ini

Peniaga Diingat Tidak Sorok Minyak Masak

Peniaga dan pembekal diingatkan supaya tidak menyorok minyak masak hanya untuk dijual bila harganya dinaikkan demi mengaut keuntungan besar.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, tindakan tegas termasuk menarik balik permit akan diambil terhadap pihak yang terlibat dengan perbuatan itu.

“Kementerian tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pembekal atau pemborong yang didapati berbuat demikian,” katanya selepas majlis penyerahan beg sekolah kepada 154 pelajar anak-anak orang asli di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun di sini hari Khamis.

Beliau berkata dalam pada itu pengguna terutama suri rumah diminta supaya tidak panik hingga sanggup membeli minyak masak dalam kadar yang banyak kerana bekalan bahan itu masih mencukupi.

Tan memberi jaminan bekalan minyak masak mencukupi dan jika berlaku kehabisan stok ia berpunca dari keghairahan pembeli kerana terpengaruh dengan khabar angin bahan itu akan naik harga.

“Tidak akan berlaku kenaikan harga minyak masak bersubsidi, ini jaminan kementerian,” katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");