Berita Hari Ini

Malaysia Dan Indonesia Masih Berunding Soal Pembantu Rumah

Sekar Gambar Hiasan

Malaysia dan Indonesia masih berunding untuk mencari jalan penyelesaian kepada beberapa isu yang berkaitan dengan pengambilan pembantu rumah dari republik itu, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata antara permintaan pihak Indonesia berhubung perkara itu ialah soal pemberian cuti mingguan kepada pembantu rumah, dan kebenaran supaya setiap pembantu rumah menyimpan pasport mereka sendiri.

Bagaimanapun menurutnya berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, majikan di Malaysia didapati agak keberatan untuk memenuhi kedua-dua permintaan itu, dan ia menyebabkan rundingan masih berlarutan.

“Saya harap pihak Indonesia lebih fleksible mengenainya perkara ini. Pihak kementerian harap akan wujud pertimbangan antara kedua-dua negara dalam mencari kata sepakat, supaya perkara ini dapat digerakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri festival 1Malaysia Ponggal yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz dekat sini Ahad.

Subramaniam membuat kenyataan itu semasa mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kira-kira 30,000 pembantu rumah Indonesia sedang menunggu untuk dibawa masuk bagi memenuhi permintaan, walaupun penghantaran pembantu rumah ke Malaysia ketika ini dibekukan oleh kerajaan Indonesia.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");