Perak Hari Ini

Remaja harus menggunakan kemudahan sukan disediakan bagi mengilap bakat mereka-Raja Ahmad

Remaja di luarbandar harus menggunakan kemudahan sukan yang disediakan oleh Kerajaan untuk mengilap bakat mereka yang terpendam.

Adalah satu kerugian jika kemudahan sukan yang dibina Kerajaan itu tidak digunakan sepenuhnya oleh mereka.

Gelanggang sukan ini bagi membolehkan mereka berlatih dan bertanding untuk mencungkill bakat baru. Ketika ini boleh dikatakan banyak projek gelanggang yang telah didirikan oleh Kerajaan di serata pelusuk Kampung.

Saya melawat sebuah gelanggang yang telah siap dibina lengkap dengan lampu di Kampung Batu 85 bagi kemudahan para remaja di situ untuk bersukan.

Kini, tidak timbul rungutan jika ada yang mengatakan bahawa mereka sukat untuk berlatih kerana terdapat banyak gelangang seumpama itu di serata pelusuk kampung.

Cuma, kadangkala kemudahan seumpma ini tidak digunakan sepenuhnya oleh remaja. Bagaikan hangat-hangat tahi ayam.

Bagi mempastikan semua kemudahan sukan ini digunakan adalah dicadangkan agar ia diletakan di bawah pengawasan dan pengurusan JKKK.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");