Perak Hari Ini

Pemuda UMNO Perak : Tahniah ada perubahan-DPPNPk

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat perubahan ketara dan mendadak terhadap kepimpinan baru Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang diketuai Khairul Azwan Dato’ Harun dengan beberapa pendirian berani seperti sokongan mereka terhadap program pentas debat terbuka UMNO-PAS walaupun Muhamad Anuar Ariffin Naib Ketua Pemuda Umno Perak yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Larut tidak kesampaian untuk berdebat tempohari.

Dengan memberikan sokongan kepada Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, yang telah menghantar surat cabaran berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR, Pemuda Umno Perak dengan secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa mereka sudah bersedia untuk menggunakan pentas debat sebagai suatu alternatif untuk meyakinkan rakyat terhadap perjuangan yang mereka bawa. Tidak seperti kepimpinan Maslin Sham Razman yang dahulunya sudah tiga kali menolak jemputan berdebat DPPN Pk dengan memberikan alasan berdebat bukan budaya Umno.

DPPN Pk mengalu-alukan sikap terbuka Pemuda Umno Perak kini dan memungkinkan usaha untuk berdebat di atas satu pentas pada satu masa nanti. DPPN pk berharap akan ada mana-mana badan bebas seperti Majlis Belia Negeri Perak (MBN) yang akan berusaha untuk menganjurkan pentas debat tersebut.

MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");