Perak Hari Ini

Tabung perubatan 1MCA cecah RM10 juta

Demi keprihatinan kepada nasib yang kurang berkemampuan untuk menanggung kos perubatan yang tinggi, MCA telah melancarkan Tabung Perubatan 1MCA bulan lepas dan setakat ini telah pun mencecah angka RM10 juta.

Perkara ini disahkan oleh presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek di dalam ucapannya di Pesta Ria Amal Tabung Perubatan 1MCA kawasan Gopeng, pagi ini.

“Saya sebagai presiden MCA, amat berterima kasih kepada semua dermawan, baik daripada sektor korporat maupun individu yang telah bermurah hati menghulurkan bantuan kepada tabung ini yang sehingga kini sudah pun mencecah RM10 juta.

“Dengan wang yang dikumpulkan ini dapatlah kita membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya,” kata Soi Lek.

Jelas Soi Lek lagi, sungguh pun tabung ini ditubuh oleh MCA, ia juga boleh dimanfaatkan oleh sesiapa saja, tanpa mengira kaum atau agama, asalkan rakyat Malaysia. Tambah beliau lagi, ia merupakan satu lagi usaha untuk mencapai aspirasi gagasan 1Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk menentukan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan daripada tabung berkenaan, Soi Lek berkata, satu jawatan kuasa khas yang dipengerusikan oleh Datuk Leong Teong Lai bagi meneliti setiap permohonan yang diterima telah pun dibentuk.

Disamping itu, satu jawatan kuasa perubatan yang terdiri daripada doktor-doktor dengan kepakaran tersendiri juga telah ditubuhkan. Ini untuk memastikan keperluan perubatan sebenar setiap pesakit yang memohon bantuan tabung berkenaan.

Pengerusi Jawatan kuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Kepenggunaan, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal-Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon, yang juga seorang doktor pakar kardiologi turut menjadi ahli jawatan kuasa perubatan Tabung Perubatan 1MCA itu.

Dr. Mah juga turut hadir di pesta ria yang dianjurkan oleh MCA bahagian Gopeng dan NGO-NGO di kawasan berkenaan.

Soi Lek juga menegaskan setiap permohonan akan mendapat maklum balas daripada tabung berkenaan dalam masa seminggu selepas permohonan dibuat.

Pesta ria sehari yang bermula daripada 8 pagi sehingga 1 petang itu berjaya mengumpul RM25,000 untuk Tabung Perubatan 1MCA berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");