Isu Panas

Zahid Hamidi Cabar Pua

Tony Pua  ahli Parlimen PJU telah beberapa kali menyerang Kementerian Pertahanan Malaysia dalam usaha kerajaan menaik taraf dan menambah aset pertahanan negara.

Pas pula pernah mengkritik kerajaan kononnya membeli peralatan terpakai untuk mempertahankan negara. Bagi Pas, Malaysia sepatutnya mencontohi negara jiran terutamanya Singapore yang lebih canggih peralatan pertahanannya.

PKR pula sering menyatakan yang negara sentiasa korup dan mengamalkan sikap kronisme dalam  usaha kerajaan berurusan dalam pembelian senjata.  Isu paling besar di manipulasikan oleh PKR ialah mengenai pembelian kapal selam scopence.

Tiga senario berbeza yang dimainkan oleh pembangkang setiap kali usaha kerajaan cuba meningkat pertahanan negara.

Kerajaan dalam usaha memperkembangkan industri pembangunan peralatan pertahanan dengan harapan satu hari nanti negara merupakan salah sebuah pembekal peralatan perang utama dunia.

Tun Mahathir pernah berkata dalam perhimpunan Umno bahawa untuk menjadi sebuah negara berdaulat dan kuat kita mestilah mempunyai kekuatan kita sendiri. Kita tidak boleh bergantung dengan peralatan yang diimport untuk mempertahankan negara.

Pihak luar akan mengenakan syarat, untuk membolehkan kita membeli senjata daripada mereka, sebagai contoh , ialah kenapa kita membeli pesawat gempur dari Rusia? Jawapannya ialah kerana mereka tidak meletakkan syarat supaya jangan menyerang negara ini dan negara itu. Jika kita membeli dari negara tertentu dan mereka mempunyai kepentingan tertentu, mereka akan menghalang kita daripada menggunakan senjata tersebut ke atas beberapa negara yang mempunyai kepentingan dengan mereka.

Oleh itu usaha Tony Pua memburuk-burukkan  usaha kementerian pertahanan dilihat sebagai satu usaha seorang talibarut untuk melemahkan negara. Mungkin beliau dibayar oleh pihak tertentu.

Sekarang ternyata segala tohmahan Pua hanyalah omongan kosong kerana dia berkata dia hanya mahukan penjelasan, bukan mahu buat laporan kepada SPRM.

Selain menjadi talibarut pihak luar, Tony Pua juga disifatkan ingin mencari populariti murahan supaya terus kekal releven dalam Dap untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");