Perak Hari Ini

4,004 pelajar Perak lulus penuh dalam STPM 2010

Seramai 4,004 pelajar atau 96.67 ratus daripada 4,142 pelajar di seluruh Perak lulus penuh dalam peperiksaan STPM 2010.

Ketua Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak, Abdul Ghani Mohamad Nizar berkata, bilangan pelajar yang lulus penuh dalam peperiksaan STPM tahun lalu meningkat 0.92 peratus berbanding keputusan 2009 iaitu 95.75 peratus.

Beliau berkata, sebanyak 28 buah sekolah di negeri ini mencatatkan pencapaian lulus penuh berbanding tahun sebelumnya sebanyak 18 buah sekolah.

Sementara itu, seramai 46,780 pelajar atau 92.49 peratus calon lulus penuh bagi sekurang kurangnya satu mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lepas.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata ini merupakan penurunan 0.06 peratus berbanding 48,481 atau 92.55 peratus pada 2009.

Seramai lapan calon mencapai keputusan gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding dengan 15 calon dalam STPM 2009, katanya.

“Daripada jumlah itu, tujuh calon adalah pelajar aliran sains manakala seorang lagi calon dari aliran sastera,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2010 di Kuala Lumpur, semalam.

sumber: Utusan Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");